KUALA LUMPUR: Mata wang kripto seperti Bitcoin disifatkan sebagai desentralisasi dan sukar untuk menetapkan satu bentuk kawalan sekuriti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith.
Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai satu tempat untuk pemusatan kawalan bagi mata wang kripto kerana ia adalah terbuka.
"Berkenaan mata wang kripto, Bitcoin dan sebagainya ini amat susah untuk kita menetapkan satu bentuk kawalan memandangkan sifatnya adalalah desentralisasi dan kita tidak mempunyai satu tempat untuk pemusatan kawalan bagi mata wang kripto sebab ia adalah terbuka dan dalam dunia ini ada banyak. Ini (mata wang kripto) satu bentuk pelaburan yang baharu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berhubung pendirian kerajaan berkenaan keperluan kawalan sekuriti mata wang kripto agar masyarakat tidak terjebak dengan penipuan yang akhirnya bukan sahaja tidak meningkatkan pemilikan ekuiti masyarakat tetapi merugikan wang mereka.
Eddin Syazlee berkata, bagaimanapun kerajaan mempunyai platform yang mengawal secara khusus dagangan berkaitan mata wang kripto melalui Suruhanjaya Sekuriti yang telah pun mengiktiraf, mengklasifikasikan mata wang kripto sebagai salah satu daripada bentuk sekuriti yang antara lain untuk memberi bimbingan kepada pelabur-pelabur supaya lebih memahami risiko dan bentuk pelaburan berkaitan kripto.
"Untuk membuat sesuatu undang-undang khusus, itu amat sukar disebabkan oleh kawalan khusus ini tidak dapat dibuat memandangkan sifat kripto ini sebagai desentralisasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Eddin Syazlee berkata, kerajaan tidak mempunyai satu tempat untuk pemusatan kawalan bagi mata wang kripto kerana ia adalah terbuka. - Bernama
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
SPRM peroleh perintah larang akses harta sejumlah AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion), yang ada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN)
Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto
Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital
Kerajaan digesa untuk menambah saluran sah labur mata wang kripto di Malaysia bagi mengoptimumkan pelaburan mata wang digital.
Matawang kripto bersifat desentralisasi, susah untuk tetapkan kawalan - Eddin Syazlee
Kerajaan tidak mempunyai satu tempat untuk pemusatan kawalan bagi mata wang kripto kerana ia adalah terbuka.