PUTRAJAYA: Matlamat sifar miskin tegar dalam negara menjelang akhir 2025 mampu dicapai melalui inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata dalam menangani miskin tegar mekanisme baharu yang lebih holistik iaitu program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menurutnya kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM36 bilion untuk pembasmian kemiskinan dalam RMK12, dengan peruntukan RM150 juta adalah bagi program BMTKM 2022.
"Menjelang akhir 2025, kerajaan akan mengisytiharkan tiada lagi keluarga Malaysia yang miskin tegar," katanya pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan disini hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang membentangkan laporan mengenai pencapaian 'Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Ekonomi' berkata sehingga kini, terdapat 136,000 keluarga miskin tegar dalam negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu katanya pelaksanaan Program Rintis Fasa 1 BMTKM sedang giat dilaksanakan dengan melibatkan 80 lokaliti seluruh negara.
"Sehingga kini, 64 daripada 80 lokaliti telahpun dilaksanakan melalui program BMTKM Fasa 1," katanya.
Sementara itu Mustapa berkata kerajaan Keluarga Malaysia juga sedang memberi tumpuan terhadap program peningkatan pendapatan bagi membasmi kemiskinan dalam negara.
"Program peningkatan pendapatan seperti program dalam bidang penternakan, pertanian dan keusahawanan. Program seperti pembangunan modal insan serta latihan dan kursus asas pengurusan kewangan juga sedang giat diadakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Menurut Mustapa, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM36 bilion untuk pembasmian kemiskinan dalam RMK12, dengan peruntukan RM150 juta adalah bagi program BMTKM 2022. - Gambar fail

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highlands pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing
Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

Merealisasikan kerangka Malaysia Madani perlu komitmen semua pihak
Pembasmian kemiskinan iaitu satu daripada tiga keutamaan strategik dalam kerangka Malaysia Madani turut menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu kemiskinan tegar, agenda utama KPDN dalam Bajet 2023
Katanya, ia merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan PM Anwar.

BMTKM fasa kedua bermula pertengahan Oktober - Mustapa
Penyertaan kira-kira 10,000 ketua isi rumah miskin tegar merupakan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam RMK12.

Kerajaan optimis capai sifar miskin tegar pada 2025 - Mustapa
Ia melalui pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.

Isu kelewatan program basmi miskin tegar diselesaikan minggu depan - Mustapa Mohamed
Isu kelewatan yang dihadapi 16 lokaliti Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa Pertama akan diselesaikan minggu depan.

Matlamat sifar miskin tegar menjelang 2025 mampu dicapai - Mustapa
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

'Kerajaan fokus tangani miskin tegar di empat lokaliti di Sarawak' - PM
Program ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, dengan fasa pertamanya di Bumi Kenyalang.

KIR miskin tegar meningkat lebih tiga kali ganda setakat Jun - Mustapa
Sebanyak 144,932 ketua isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar setakat 30 Jun lalu berbanding 44,829 pada 2020.

Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 - Mustapa
Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025.

Program BMTKM fasa pertama bermula pertengahan bulan ini - Mustapa
Pelaksanaan fasa pertama Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) membabitkan 5,000 ketua isi rumah (KIR) di 80 lokaliti seluruh negara dijangka bermula pertengahan bulan ini.