KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pasaran ini adalah di bawah bidang kuasa Matrade Paris.
"Malaysia serius dalam usahanya meningkatkan perdagangan antarabangsa," katanya dalam hantaran di laman X miliknya, hari ini.
Pada 2023, Perancis muncul sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah, dengan perdagangan dua hala berjumlah EUR3.41 bilion.
"Saya yakin pengembangan pejabat Matrade Paris ini akan mengukuhkan lagi usaha mendekatkan pemain industri di negara-negara bawah seliaannya dengan syarikat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Tengku Zafrulyakin pengembangan pejabat Matrade Paris ini akan mengukuhkan lagi usaha mendekatkan pemain industri di negara-negara bawah seliaannya dengan syarikat Malaysia. - Foto laman X Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.