awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini

Bernama
Bernama
25/05/2024
21:00 MYT
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Law berkata beliau akan berjumpa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Pulau Pinang pada Isnin untuk menyerahkan notis rasmi.
GEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.
"Saya akan berjumpa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Isnin depan untuk menyerahkan notis rasmi daripada saya," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari pada Jumaat ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Sungai Bakap
#notis kekosongan
#SPR
#Speaker Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan