BANTING: Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil di sini hari ini, sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.
Adik Nurhikmah Abd Rahman, 43, wanita berusia 30-an yang enggan dikenali berkata arwah menitipkan pesanan itu ketika menghadiri majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur, semalam.
"Semalam, kakak bersama dua lagi anaknya sempat ke majlis perkahwinan saya di Kuala Lumpur. Tiada perubahan ketara kecuali arwah yang banyak menangis dan mahu bergambar bersama adik-beradik yang lain.
"Kakak kata alangkah baiknya kalau ada arwah ibu bapa kami pada majlis ini. Dia sempat juga menitipkan nasihat agar menjaga diri baik-baik dan mendengar cakap suami," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Forensik, Hospital Banting di sini hari ini.
Dalam kejadian pagi tadi, Nurhikmah dan anaknya, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit.
Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak Nurhikmah iaitu Nur Irdina Wafa, 16, cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Banting.
"Sangat sedih apabila kakak saya maut dalam kemalangan. Tambahan pula, arwah meninggal dunia pada tanggal tarikh sama dengan arwah ibu kami iaitu 22 Jan dan bapa pada 22 Mei tahun lepas," katanya.
Menurutnya, ketika kejadian kakaknya dipercayai dalam perjalanan menghantar dua anaknya masing-masing ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah ini.
Dia berkata kejadian menimpa kakaknya itu diketahui sekitar 10 pagi tadi, selepas dimaklumkan anak lelaki Allahyarham yang menuntut di sekolah berasrama penuh di Perak.
Terdahulu media melaporkan, dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Dalam kejadian pagi tadi, Nurhikmah dan anaknya, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit. - Foto JBPM Selangor
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Maut dihempap lori: Kakak pesan jaga diri, dengar cakap suami - Adik
Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.