awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
11:44 MYT
Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Waris keluarga mangsa ketika sedang menguruskan jenazah di Jabatan Patologi Forensik, PPUM pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.
Salah seorang waris keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama waris-waris keluarga yang lain.
Menurutnya, jenazah pasangan warga itu akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala.
"Selepas itu, kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala selepas waktu Isyak hari ini," katanya.
Menurut waris keluarga, mangsa merupakan mantan imam masjid dan juga pengerusi pertama tabung khairat Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.
Sebelum itu, pasangan suami isteri itu maut ditikam anak kandungnya di rumah mereka dipercayai selepas berlaku pertengkaran.
Mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.
Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka sebelum gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).
Suspek berjaya ditangkap pada jam 10.30 malam di bawah terowong Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh ibu bapa
#penagih dadah
#Sungai Penchala
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan