Seorang lelaki maut akibat ditimpa dahan pokok, ketika menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Jalan Chemumar, Simpang Ampat, Perlis.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang Khamis, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Shahrizal Wahid, 35 tahun maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.
Anaknya, Nur Khazreena Syamimi, 3 tahun yang menunggang bersama mangsa, dilaporkan cedera dibahagian muka, tangan dan kaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, kemalangan disyaki berpunca akibat dihempap pokok tumbang dari arah sebelah kiri, sebelum mangsa terbabas dan jatuh di tengah-tengah jalan.
“Terdapat kesan seret dan calar di atas tar. Bagaimanapun, kesan pokok tumbang di lokasi kejadian yang menghalang laluan telah dialihkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk bedah siasat.
Sementara itu, di perkarangan Jabatan Forensik HTF, ahli keluarga dan sahabat mangsa hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Kami yang cuba mendapatkan ahli keluarga mangsa, bagaimanapun gagal kerana enggan ditemubual.
Astro Awani
Thu Jan 17 2019

Mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

UMNO-DAP | Tiada kerjasama politik, hanya kepentingan rakyat
DAP tetap dengan berpendiriannya akan hanya akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat sahaja. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tiada sebarang kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Petugas NGO ditemukan mati dijerut
Seorang petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Vaksin COVID-19 | 139,720 terima vaksin, lebih 3.8 juta daftar PICK
Dalam pada itu, khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lebih 3.8 juta rakyat di negara ini telah berdaftar dalam PICK.

Selamat Hari Wanita #ChooseToChallenge
Sebagai wanita perlu kuat, cekal, tabah dan bijak berdikari. Personaliti Astro serta selebriti tempatan mengambil peluang berkongsi ucapan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 pada 8 Mac. Terus kuat untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku. #ChooseToChallenge #WanitaBangkitMendepaniCabaran

Cerita Sebalik Berita: Realiti dunia kewartawanan dari lensa wanita

KKM sedia beri vaksin kepada 30,000 hingga 50,000 bakal jemaah haji - Dr Adham
Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID
Kadar pengangguran pada Januari meningkat kepada 4.9 peratus. 9,700 dilaporkan hilang kerja menjadikan jumlah pengangguran naik kepada 782,000 orang. Seramai 139,720 individu telah diberi dos pertama vaksin COVID-19 setakat hari ini dengan lebih 3.8 juta telah mendaftar. Perincian lanjut dalam AWANI 745malam ini dan astroawani.com

983 individu tiba di pintu masuk negara, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Seramai 983 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih
Vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.

Maut ditimpa dahan pokok ketika dalam perjalanan pulang
Seorang lelaki maut akibat ditimpa dahan pokok, ketika menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Jalan Chemumar, Simpang Ampat, Perlis.