awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut terperosok bawah kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2023
21:45 MYT
Maut terperosok bawah kereta
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki warga Pakistan yang terperosok bawah kereta dalam kemalangan di Jalan Bypass Kota Tinggi, Kota Tinggi pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Pakistan maut terperosok bawah kereta selepas motosikal ditunggangi bersama rakan senegaranya terlibat kemalangan di Jalan Bypass Kota Tinggi di sini pada Isnin.
Kemalangan pada jam 1.15 tengah hari itu mengorbankan Rahman Hazrat, 31, manakala rakannya dikenali sebagai Altaf, 37, cedera ringan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.34 petang.
"Kemalangan ini membabitkan sebuah kereta Toyota Camry dan motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa bersama rakannya.
"Pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang berada bawah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayat diserahkan kepada polis," menurut JBPM Johor dalam satu kenyataan.
JBPM Johor memberitahu, lelaki yang memandu kereta tersebut pula selamat dan operasi yang disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi itu selesai pada jam 4.22 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#warga Pakistan maut
#terperosok bawah kereta
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan