MUKAH: Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang disediakan oleh MASwings.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar pada tahap yang terbaik.
Rasionalisasi tersebut, katanya termasuk mengkaji semula objektif RAS, implikasi kewangan yang terlibat serta laluan dan kekerapan penerbangan RAS.
Selain itu, ia turut melibatkan kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang diguna pakai serta mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan tersebut dari masa ke semasa.
“Bermula 2019, satu perjanjian baharu iaitu Public Service Obligation for Rural Air Services Agreement (PSO for RAS) telah ditandatangani pada 4 Januari 2019 di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat penerbangan MASwings bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan RAS ini sehingga tahun 2024.
“Berdasarkan Perjanjian PSO for RAS ini, MASwings menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan mulai di Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking.
“Bagi laluan Mukah sendiri, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat twin otter iaitu laluan Kuching – Mukah dengan kekerapan 28 penerbangan seminggu, Miri – Mukah dengan kekerapan tujuh penerbangan seminggu, Sibu – Mukah dengan kekerapan tiga penerbangan seminggu dan Bintulu – Mukah dengan kekerapan dua penerbangan seminggu.
“Bagi menambah baik perkhidmatan RAS oleh MASwings ini, kerajaan melalui MAVCOM akan melaksanakan rasionalisasi RAS,” katanya, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Lapangan Terbang Baharu Mukah.
Hadir sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, melalui pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah, ia dijangka merancakkan lagi peluang ekonomi.
Jelas Perdana Menteri, ia sekali gus memberi impak berganda dan berangkai kepada penduduk di Mukah dan Keluarga Malaysia.
“Tambahan pula lapangan terbang ini bakal menyediakan sokongan bagi aktiviti-aktiviti di koridor SCORE yang bakal mewujudkan jaringan ekonomi yang lebih efektif dan efisyen kelak.
“Saya dimaklumkan bahawa lapangan terbang baharu ini dilengkapi dengan kemudahan bangunan terminal baharu, landasan sepanjang 1,500 meter yang boleh digunakan oleh pesawat jenis ATR berkemampuan membawa penumpang lebih ramai berbanding hanya pesawat Twin Otter sebelum ini.
“Dengan status yang telah ditambah baik, Lapangan Terbang Baharu Mukah kini boleh mengendalikan lebih banyak penumpang yang akan mengukuhkan kedudukan Mukah sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak,” ujar beliau lagi.
Selain menyediakan kemudahan lapangan terbang yang selesa dan moden, kerajaan juga, kata Perdana Menteri akan memastikan kesiagaan dan kemampuan Sistem Pengurusan Trafik Udara sentiasa dinaiktaraf dan mampu menampung keperluan peningkatan pergerakan pesawat di ruang udara.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) di bawah Kementerian Pengangkutan telah dipertanggungjawab dalam memastikan kemampuan Sistem Pengurusan Trafik Udara bergerak seiring dengan permodenan dan peningkatan aliran trafik pesawat udara.
Lapangan Terbang Baharu Mukah dibuka secara rasmi pada Jun lalu.
Lapangan terbang baharu bernilai RM300 juta itu akan menggantikan semua fungsi terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) sebelum ini.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 04 2021
Selain itu, Ismail Sabri (dua dari kiri) ia turut melibatkan kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang diguna pakai serta mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan tersebut dari masa ke semasa.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
MAVCOM laksana rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak - PM
Ia sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar pada tahap yang terbaik.