KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengumumkan pindaan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.
Dalam kenyataan pada Selasa, Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa kadar pindaan PSC baharu itu di antara RM7 dengan RM73 bagi RP1 dikenakan kepada penumpang yang berlepas dan transfer dari Malaysia.
Kadar itu termasuk caj keselamatan iaitu caj bagi penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang, menurutnya.
Mavcom memaklumkan bahawa pihaknya mengekalkan PSC pelepasan domestik pada RM11 di semua lapangan terbang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB).
Berdasarkan kadar PSC baharu, PSC Asean dan destinasi melangkau Asean telah digabungkan menjadi PSC antarabangsa tunggal berjumlah RM73 bagi Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan RM50 bagi Terminal 2 KLIA berserta lapangan terbang lain, tambah suruhanjaya itu.
Kadar PSC semasa Asean dan destinasi melangkau Asean masing-masing pada RM35 dan RM73.
Mavcom juga memperkenalkan PSC transfer bagi RP1, di semua lapangan terbang di Malaysia dengan kadar untuk perjalanan domestik melalui semua lapangan terbang ialah RM7, manakala kadar RM42 untuk perjalanan antarabangsa melalui Terminal 1 KLIA dan RM29 untuk perjalanan antarabangsa melalui Terminal 2 KLIA dan lapangan terbang lain.
Suruhanjaya itu juga membenarkan lapangan terbang lain yang tidak dikendalikan oleh anak-anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd, iaitu JHB, Lapangan Terbang Kerteh (KTE), dan Lapangan Terbang Tanjung Manis (TGC), untuk mengemukakan cadangan tarif bagi RP1, katanya.
KTE dan TGC, kedua-duanya telah memilih untuk menerima pakai kadar yang dicadangkan oleh suruhanjaya itu manakala JHB telah mengemukakan struktur kadar yang berasingan, dengan kadar yang diluluskan di antara RM10 dengan RM50 bagi perjalanan domestik dan antarabangsa dari atau melalui lapangan terbang itu, jelas Mavcom.
Mavcom memaklumkan bahawa pindaan itu merupakan tanggungjawabnya dalam pengawalseliaan ekonomi Caj Perkhidmatan Penerbangan (ASC) di Malaysia di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771), yang merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmatan penerbangan seperti PSC, serta caj pendaratan dan parkir pesawat, antara lain.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pindaan itu merupakan tonggak utama strategi suruhanjaya untuk melindungi kebajikan pengguna, menyokong pemulihan industri yang mampan dan berdaya tahan, serta memastikan kestabilan kewangan sektor penerbangan, selaras dengan keadaan pasaran yang berubah.
"Tarif PSC yang diumumkan hari ini merangkumi maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, bertujuan menyokong daya maju jangka masa panjang, pemulihan serta daya saing industri.
"Menerusi tindakan memberikan keutamaan kepada kestabilan industri, suruhanjaya telah memperkenalkan langkah untuk memastikan kadar ini tidak membebankan penumpang, sekali gus merangsang permintaan perjalanan udara," katanya.
Langkah itu juga bertujuan memastikan pengendali lapangan terbang mengekalkan keupayaan dan daya saing kewangan yang kukuh, membolehkan peluang pembiayaan semula pada kadar yang munasabah dan pelaburan berterusan dalam infrastruktur lapangan terbang yang efisien, katanya.
Seperti yang digariskan dalam Warta di bawah Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Caj Perkhidmatan Penerbangan) 2016, PSC dikenakan kepada penumpang domestik dan antarabangsa yang berlepas dari dan transfer melalui semua lapangan terbang nasional.
Maklumat lanjut mengenai PSC dan Caj Perkhidmatan Penerbangan lain boleh didapati dalam Kertas Keputusan berkenaan Penyeliaan Caj Perkhidmatan Penerbangan untuk RP1 di laman web Mavcom di www.Mavcom.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu. - Gambar hiasan
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.
Mavcom boleh beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan lagi - Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysi
20 juta penumpang bakal menikmati PSC lebih rendah - Mavcom
Lapangan terbang yang dijangka mengenakan caj PSC lebih rendah antaranya Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Sibu.