awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi ditemukan terapung di perkampungan atas air di Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
11/06/2023
04:00 MYT
Mayat bayi ditemukan terapung di perkampungan atas air di Kota Kinabalu
Mayat bayi berkenaan ditemukan pada pukul 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.- Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebuah perkampungan atas air di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata mayat bayi berkenaan ditemukan pada pukul 6.30 petang oleh penduduk kampung yang melalui jambatan kayu di kampung berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.
"Sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi terbabit, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan.
"Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan namun setakat ini belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Bayi terbabit disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat bayi
#perkampungan atas air
#Kota Kinabalu
#buang bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan