awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat berkopiah putih ditutup kain selimut dijumpai di Teluk Bahang

Bernama
Bernama
30/03/2015
07:26 MYT
Mayat berkopiah putih ditutup kain selimut dijumpai di Teluk Bahang
Berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya. -Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 10.47 pagi.
"Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kopiah
#Lai Fah Hin
#polis
#Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan