awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2025
05:30 MYT
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat lelaki ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di perairan jeti pasar ikan di Sandakan. - Sinar Harian
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan di sini pada malam Jumaat.
Dalam kejadian jam 9. 30 malam itu, lelaki berusia 35 tahun yang ditemui merupakan pekerja buruh kasar jeti pasar ikan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki tersebut.
"Mayat lelaki tersebut ditemukan tanpa baju dan berseluar jeans paras lutut dalam keadaan terapung di laut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.
"Bedah siasat akan dijalankan pada jam 11 pagi ini untuk mengetahui punca kematian.
"Setakat ini, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan khianat. Kes diklasifikasikan dan disiasat sebagai laporan mati mengejut," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat buruh
#warga asing
#Sandakan
#penemuan mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan