awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dalam bagasi: Dua rakan didakwa bunuh ahli perniagaan

Bernama
Bernama
08/05/2023
05:40 MYT
Mayat dalam bagasi: Dua rakan didakwa bunuh ahli perniagaan
Pemandu perkhidmatan e-hailing, J. Devan, 41 dan penganggur, S. Hariharan, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz. - Gambar hiasan
KAJANG: Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemukan dalam sebuah bagasi di gaung berketinggian 27 meter di Hulu Langat, dekat sini.
Pemandu perkhidmatan e-hailing, J. Devan, 41 dan penganggur, S. Hariharan, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan, di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamed Usman Chan Bacha, 41, di kawasan tebing curam, tepi jalan Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini antara 12.45 tengah hari, 26 April dan 6.40 petang, 28 April lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala Devan diwakili peguam Kenny Tan Cheng Yee manakala rakannya tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dalam bagasi
#Mayat dalam beg
#ahli perniagaan
#Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan