awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dalam but kereta: 6 warga Indonesia dituduh bunuh rakan senegara

Bernama
Bernama
24/07/2023
08:40 MYT
Mayat dalam but kereta: 6 warga Indonesia dituduh bunuh rakan senegara
Kesemua tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Dul Safik di sebuah bilik di Jalan Kemuning Batu 8, Shah Alam sekitar jam 10 malam pada 2 Julai lepas. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Enam lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara mereka awal bulan ini.
Pusidin, Mohammad, Mohammad Sawi, Marhadi, Marco dan Ahmad yang berusia antara 19 hingga 46 tahun menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Dul Safik di sebuah bilik di Jalan Kemuning Batu 8, Shah Alam sekitar jam 10 malam pada 2 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala kesemua tertuduh yang bekerja sebagai buruh diwakili peguam Muhammad Hidhir Mustapa.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Sept bagi serahan laporan kimia dan forensik.
Media sebelum ini melaporkan mayat lelaki Indonesia berusia 47 tahun ditemukan dengan keadaan berbungkus plastik hitam dan terikat dalam but sebuah kereta pada 4 Julai lepas selepas orang awam menghidu bau busuk daripada kenderaan terbabit yang ditinggalkan tepi jalan di Taman Orkid, Seksyen 30, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kes bunuh
#bunuh rakan senegara
#mayat dalam but kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan