awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dalam peti sejuk: Polis tahan lelaki tempatan

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2024
11:03 MYT
Mayat dalam peti sejuk: Polis tahan lelaki tempatan
Polis menemui mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai 'disimpan' dalam peti sejuk beku selepas dibunuh. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan motif pembunuhan kes itu.
"Pada jam 8.48 pagi pihak polis mengesahkan menerima makluman berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah perumahan di Taman OUG Kuala Lumpur.
"Susulan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Lelaki bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku sejak 2021
BACA: Mayat ibu dibalut dengan tuala, plastik, simpan dalam peti sejuk beku
Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Rusdi buat masa ini enggan mendedahkan hubungan suspek dengan mangsa.
Ditanya juga keadaan mangsa ketika ditemukan, Rusdi enggan mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pasukan forensik untuk membuat penilaian sebelum dimaklumkan kepada pihak media.
Topic Berkaitan
#bunuh ibu
#sembunyi mayat
#peti sejuk
#Taman OUG
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan