TUMPAT: Satu mayat reput dengan empat kesan tembakan di tengkorak kepala ditemui tersangkut pada pokok di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Belakang Berek 12, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Ahad.
Mayat lelaki itu ditemui oleh seorang pemancing ikan pada jam 3 petang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan keadaan mayat tersebut, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.
“Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mayat berseluar, tidak berbaju dan tidak ada pengenalan diri ditemui.
“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi mendapati punca kematian akibat empat das tembakan di bahagian kepala,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM 2021 di Balai Polis Wakaf Bharu di sini pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah.
Muhamad Zaki memaklumkan keadaan mayat yang tidak sempurna itu turut menyukarkan proses pengecaman identiti dilakukan selain tidak menemui kelongsong peluru untuk merujuk jenis senjata atau pistol yang digunakan.
“Tanda-tanda seperti suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada mayat tidak dapat dikesan kerana mereput.
Sinar Harian
Mon Jan 02 2023

Berdasarkan keadaan mayat tersebut, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu. - Gambar fail

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Mayat dengan 4 kesan tembakan ditemui tersangkut pada pokok
Satu mayat reput dengan empat kesan tembakan di tengkorak kepala ditemui tersangkut pada pokok di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Belakang Berek 12, Bukit Bunga, Tanah Merah pada Ahad.

Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.

Jumpa mayat reput, polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes bunuh
Dengan tertangkap suspek berusia 24 tahun itu, maka kes berkenaan berjaya diselesaikan.

Jumpa mayat reput: Disyaki ada padanan kes orang hilang- Ketua Polis Perak
Mayat reput yang ditemukan berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, di Ipoh semalam disyaki ada kaitan dengan padanan kes orang hilang.

Mayat reput berhampiran lokasi kemalangan disyaki mangsa bunuh
Hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik (manual strangulation).

Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.

Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Anggota tentera berkenaan dikatakan cuba mengelak sesuatu kelibat yang melintas di hadapan keretanya, sebelum terbabas ke dalam longkang.

Mayat reput dijumpai terapung di sungai Tumpat
Mayat dipercayai lelaki tersebut ditemukan pada jam 11 pagi.

Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan terapung di laut kira-kira 7.0 batu nautika barat laut Pulau Bunting, dekat Yan.

Mayat reput ditemui dalam kebun jambu
Mayat si mati dibawa ke Hospital Taiping untuk membuat ujian COVID-19 sebelum bedah siasat yang dijadualkan hari ini.