awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemui terbaring dalam kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/05/2021
10:23 MYT
Mayat ditemui terbaring dalam kereta
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam kereta di sebuah bukit di Jalan Bukit Malut, kira-kira jam 11.45 pagi Isnin. - Foto ihsan PDRM
LANGKAWI: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam kereta di sebuah bukit di Jalan Bukit Malut, kira-kira jam 11.45 pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, sepasukan anggota polis dan ambulan telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima laporan.
Katanya, pemeriksaan mendapati mayat berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan semua tingkap kereta tersebut bertutup dan pintu kereta berkunci.
Menurut beliau, pihak bomba juga dipanggil untuk membantu membuka pintu kereta yang berkunci.
“Mayat ditemui dalam keadaan terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Shariman, berdasarkan keadaan mayat, dipercayai ia telah melebihi lima hari.
Mayat dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk bedah siasat.
Polis sedang mengenal pasti identiti mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#mayat dalam kereta
#Jalan Bukit Malut
#Polis Daerah Langkawi
#Proton Saga
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan