awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang

Bernama
Bernama
18/12/2025
15:04 MYT
Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang
Laporan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Pedas, Rembau hari ini sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi .
SEREMBAN: Mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Dis lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin.
Beliau berkata laporan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Pedas, Rembau hari ini sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat pelakuan jenayah.
"Berdasarkan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, polis menemukan satu beg mengandungi mayat seorang wanita yang ditanam di kawasan belakang rumah itu.
"Prosedur bedah siasat akan dijalankan esok dan polis kini sedang giat menjalankan siasatan serta mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau menerusi talian 06-6852222.
Alzafny hari ini mengesahkan penemuan mayat wanita itu, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 53 tahun yang dilaporkan hilang sejak 8 Dis lepas selepas ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan itu pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#Mayat dalam beg
#polis
#wanita hilang
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan