awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 3km dari rumah

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2025
09:05 MYT
Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 3km dari rumah
Difahamkan, mayat mangsa ditemui di kawasan muara sungai di Kampung Kerila kira-kira jam 4.20 petang. - Foto Astro AWANI
TANAH MERAH: Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui di kawasan muara sungai di Kampung Kerila kira-kira jam 4.20 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tiga kilometer dari rumah
Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan keluarga mangsa diminta ke hospital untuk proses selanjutnya.
"Mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan dibantu oleh orang awam.
"Ketika kejadian, paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut yang mendorong kepada penemuan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini, selepas waktu maghrib pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Hud Aryan
#kanak-kanak hilang
#meninggal dunia
#terkini
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan