awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kelima ditemui sah anggota Parlimen Kuala Kangsar - Hishammuddin

Bernama
Bernama
07/05/2016
18:15 MYT
Mayat kelima ditemui sah anggota Parlimen Kuala Kangsar - Hishammuddin
Jenazah Wan Mohammad diterbangkan dengan pesawat khas ke Ipoh malam tadi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mayat kelima mangsa nahas helikopter yang dijumpai petang semalam ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Beliau turut mengesahkan penemuan mayat keempat yang ditemukan ialah Asmuni Abdullah, suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu.
"Jenazah Datuk Wan diterbangkan dengan pesawat khas ke Ipoh," katanya kepada pemberita di Hospital Umum Sarawak di sini malam tadi.
Turut menziarah di hospital itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata jenazah Asmuni bersama jenazah pengawal peribadi Noriah iaitu Ahmad Sobri Harun juga diterbangkan ke Subang dan Terengganu, malam tadi.
LAPOR LANGSUNG: Rangkuman hari ketiga misi SAR
"Ada tiga pesawat khas disediakan untuk membawa pulang semua jenazah termasuk mendiang Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai yang telah diterbangkan semalam," katanya.
Sehingga kini lima mayat sudah ditemui dalam tragedi helikopter itu pada Khamis lepas sementara pencarian seorang lagi mangsa iaitu juruterbang Rudolf Rex Ragas akan diteruskan pagi ini.
Helikopter itu berlepas dari Betong menghala ke Kuching pada 4.12 petang sebelum terputus hubungan dan hilang tidak lama kemudian.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein Onn
#nahas helikopter
#Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan