awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki berseluar dalam ditemui terapung di Sungai Batang Igan

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
09/01/2020
11:36 MYT
Mayat lelaki berseluar dalam ditemui terapung di Sungai Batang Igan
Pegawai polis memeriksa keadaan mayat lelaki sudah reput yang dijumpai terapung di Sungai Batang Igan, Sibu pada Khamis. - Foto ihsan PDRM
Penduduk dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang hanya berseluar dalam dan berulat, yang dijumpai terapung di Sungai Batang Igan di sini pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada melihat mayat manusia terapung di sungai berkenaan pada jam 8.01 pagi.
Katanya, sepasukan anggota polis yang diketuai pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Sylvarius Gopog telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat tersebut.
“Tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mayat itu tersangkut di celah-celah kayu berhampiran kawasan Tanjung Penasu.
"Pasukan bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu bersama Polis Marin kemudian menjalankan operasi mengangkat mayat dari sungai untuk dibawa ke Jeti Simpang Tiga di Kampung Hilir," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Stanley berkata, pemeriksaan pada mayat mendapati tiada kesan kecederaan kecuali bahagian muka mangsa yang sudah reput dimakan ulat.
Katanya, tubuh mangsa juga tiada kesan kecederaan dan mangsa yang hanya berseluar dalam tidak mempunyai suntikan BCG di kedua-dua belah bahu.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu
#Jeti Simpang Tiga
#mayat berseluar dalam
#mayat ditemui terapung
#Polis Daerah Sibu
#polis marin
#Sungai Batang Igan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan