awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki bertatu bunga ditemui terapung di Sungai Batang Rajang

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
22/10/2019
12:33 MYT
Mayat lelaki bertatu bunga ditemui terapung di Sungai Batang Rajang
Menurut polis, mayat sudah berada dalam air lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengelupas dan mereput. - Foto ihsan polis
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan bertatu bunga telah ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berdekatan Kampung Hilir Kanowit pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan, Tega Bilong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang terlihat mayat berkenaan hanyut di Sungai Batang Rajang kira-kira jam 7.10 pagi.
"Mayat dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu dijumpai terapung dan hanyut lebih kurang 200 meter dari Kampung Hilir dekat sini dan telah diangkat ke dalam bot oleh pasukan polis yang dibantu lima anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Kanowit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mayat sudah berada dalam air lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah mengelupas dan mereput.
Menurut beliau, pemeriksaan awal polis mendapati tiada kesan luka pada tubuh mangsa.
Mangsa mempunyai tatu berbentuk bunga di sebelah kanan atas bahu. - Foto ihsan polis
Mangsa mempunyai tatu berbentuk bunga di sebelah kanan atas bahu. - Foto ihsan polis
“Pihak kami juga tiada menemui dokumen pengenalan diri pada badan lelaki yang berpakaian lengkap berbaju kemeja-T berwarna hijau, berseluar jeans biru dan memakai jam tangan itu," katanya.
Tega berkata, mangsa mempunyai tatu berbentuk bunga di sebelah kanan atas bahu, berambut lurus pendek dan mempunyai dahi luas.
Katanya, punca kematian mangsa dipercayai lemas lebih daripada 48 jam yang lalu dan kes masih dalam siasatan lanjut.
Buat masa ini, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat tentang kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit di talian (SM Gir) 084-752222 atau ke Hospital Kanowit untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ditemui terapung
#Hospital Kanowit
#Kampung Hilir Kanowit
#mayat bertatu bunga
#mayat lelaki tanpa identiti
#Polis Daerah Kanowit
#Sungai Batang Rajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan