KULIM:Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui di dalam Sungai Muda berhampiran Kampung Lesong 7, Padang Serai, hari ini.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang nelayan yang memukat ikan di kawasan berkenaan pada jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pada mulanya nelayan terbabit terhidu bau busuk dan menyangka ia datang dari bangkai seekor biawak.
"Bagaimanapun, selepas diperiksa, nelayan itu mendapati ia adalah mayat manusia yang sudah tinggal rangka tersangkut pada ranting pokok di dalam sungai berkenaan.
"Nelayan terbabit kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat yang sudah reput berkenaan," katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat dikeluarkan pada jam 2.35 petang.
Katanya, hasil siasatan polis menemui tatu di lengan kanan dan tali berwarna merah di tangan kiri.
Katanya, wajah lelaki berkenaan yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari tidak dapat dikenal pasti akibat keseluruhan tubuhnya yang reput.
Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi menyiasat sama ada kematiannya mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Nov 29 2020

Wajah lelaki berkenaan yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari tidak dapat dikenal pasti akibat reput. -Gambar/ PDRM

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

AWANI Ringkas: Ahli sindiket dadah terbesar negara didakwa esok | Lima termasuk wanita hamil maut dalam kejadian tembakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal tangki ditahan
Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi ke Indonesia.

#throwback Sofia Jane: "Inilah memorabilia saya"
Perkongsian foto-foto dan cerita lama Sofia Jane di Twitter mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

Dua beradik jumpa mayat bapa sendiri dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Penunggang maut, motosikal terlanggar binatang di Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
Muhammad Rasidi Shamsuddin, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bunuh diri: Lelaki ditemukan maut di bilik hotel
Menurut polis, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu.

Dua warga emas ditemui mati di Sarawak
Kedua jasad yang ditemui oleh pihak bomba itu berada di lokasi yang berbeza iaitu satu di bumbung bangunan kerajaan, manakala satu di sungai.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Tiga sahabat didakwa bunuh rakan sejenayah
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S.S Darsan, 42, K. Raja Segaran, 40, dan A. Sethu, 34.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.