awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/01/2021
10:42 MYT
Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki warga tempatan dijumpai hanyut dibawa arus di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam diserahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan Bomba KL
KUALA LUMPUR:Mayat seorang lelaki warga tempatan dijumpai hanyut dibawa arus di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari Sabtu.
Susulan itu, Ramli berkata seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian menurut orang awam, seorang mangsa telah hanyut dibawa arus.
“(Hasil )tindakan anggota bomba membuat kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa di sekitar laluan sungai, mangsa berjaya ditemui berhampiran PPR Kampung Limau, Pantai Dalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan operasi berkenaan tamat pada jam 1.57 tengah hari.
Operasi Bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Topic Berkaitan
#Pantai Dalam
#Projek Perumahan Rakyat
#PPR
#Pegawai Bomba Kanan II
#Ramli Mohamad
#Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur
#Balai Bomba dan Penyelamat Pantai
#Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
#EMRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan