awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki disyaki dibunuh ditemukan dalam guni

Bernama
Bernama
04/08/2023
13:25 MYT
Mayat lelaki disyaki dibunuh ditemukan dalam guni
Penemuan mayat lelaki tanpa identiti itu dilaporkan kepada pihak polis oleh orang awam pada 1.30 tengah hari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh, ditemukan dalam guni di tapak premis besi buruk Taman Bukit Serdang, Selangor hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata penemuan mayat lelaki tanpa identiti itu, dilaporkan kepada pihaknya oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai telah dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam guni plastik berwarna putih.
"(Kes ini) masih dalam siasatan. (Hasil siasatan awal mendapati) mayat tidak ada bau, jadi rasanya mati tak lama (baru meninggal dunia)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Anbalagan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang dan bedah siasat akan dijalankan esok (5 Ogos), bagi mengetahui punca sebenar kematian.
"Siasatan diteruskan bagi mengesan kesemua suspek yang dikenal pasti. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#mangsa bunuh
#mayat dalam guni
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan