awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui hanyut di Sungai Kinta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/01/2021
15:55 MYT
Mayat lelaki ditemui hanyut di Sungai Kinta
Mayat yang belum dikenali itu ditemui seorang penduduk kira-kira jam 11.15 pagi sebelum melaporkannya kepada polis. - Foto ihsan JBPM
BATU GAJAH:Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan ditemui hanyut dibawa arus di Sungai Kinta berhampiran jalan lombong, Tanjung Tualang di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat yang belum dikenali itu ditemui seorang penduduk kira-kira jam 11.15 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.
Menurutnya, khidmat pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dipanggil bagi membantu membawa mayat mangsa ke tebing.
“Pemeriksaan awal dapati mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 40-an itu hanya memakai seluar pendek warna hitam bercorak.
“Terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian kaki, tangan dan kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ahmad Adnan berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai dihanyutkan kurang 24 jam berdasarkan pada keadaan fizikal yang masih elok.
“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat pada Isnin ini selepas keputusan ujian calitan COVID- 19 diketahui,” ujarnya.
Katanya, proses cap jari telah diambil bagi mengesan identiti mangsa dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga punca kematian diperoleh.
Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membantu siasatan atau menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3629222.
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#hanyut
#dibawa arus
#Sungai Kinta
#Tanjung Tualang
#Polis Daerah Batu Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan