awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan

Bernama
Bernama
16/10/2024
14:30 MYT
Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia dan badannya telah membengkak. - Foto hiasan
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 di sini tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia dan badannya telah membengkak.
"Seramai tujuh anggota membantu mengeluarkan mayat lelaki itu dari lokasi kejadian," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Hatta berkata bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala dan tiada unsur jenayah ditemukan pada badan mangsa yang mungkin telah terjatuh.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Senawang Subinspektor (SI) Roslan Osman yang juga pegawai penyiasat di talian 06-679 2222.
Sementara itu, Mohamad Hatta berkata polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita Thailand dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Taman Cattleya, Senawang petang semalam.
"Siasatan awal mendapati wanita warga Thailand berkenaan disyaki bekerja sebagai tukang urut dan tidak mempunyai permit kerja sah," katanya sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat ditemukan
#kolam takungan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan