awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat

Bernama
Bernama
12/02/2023
06:38 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat
Imej dari video tular di akaun Facebook My Kuala Langat yang mendakwa terdapat satu mayat dikatakan hanyut di sebatang sungai di Langat Murni ke Labohan Dagang.
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung 10 meter dari tebing Sungai Langat di Kampung Labohan Dagang di Bukit Changgang, Banting semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu kira-kira 12.15 tengah hari.
"Siasatan mendapati mayat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang berasal dari Kuala Selangor dan bekerja sebagai pemandu lori.
"Mayat lengkap berpakaian itu dijumpai oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang memancing di lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan.
Ahmad Ridhwan berkata pemeriksaan pada mayat itu tidak menemukan sebarang kecederaan selain beberapa dokumen pengenalan diri mangsa turut dijumpai.
Katanya mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu tular video berdurasi 13 saat menerusi akaun Facebook My Kuala Langat yang mendakwa terdapat satu mayat dikatakan hanyut di sebatang sungai di Langat Murni ke Labohan Dagang, dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#sungai langat
#polis
#pemandu lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan