NATIONAL
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR

Mayat Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, ditemukan dalam keadaan terapung dan telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya. -Gambar hiasan/Getty Images
KOTA BHARU: Selepas tiga hari hilang, lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Maka, Pulai Chondong, Machang, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.30 petang tadi.
Ringkasan AI
- Selepas tiga hari hilang, lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Maka, Pulai Chondong, Machang, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.30 petang tadi.
- Mayat Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, ditemukan dalam keadaan terapung dan telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya.
- Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, dan operasi SAR melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Pasukan operasi telah ke lokasi tersebut dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terapung sebelum berjaya dibawa naik menggunakan bot," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Rabu lepas, polis menerima laporan berkaitan seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai oleh saudaranya di Balai Polis Pulai Chondong sebelum operasi SAR digerakkan termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan K9 dan secara selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami