awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di perairan Pulau Rumbia

Aida Aziz
Aida Aziz
07/09/2022
10:28 MYT
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di perairan Pulau Rumbia
Mayat dipercayai lelaki itu berseluar pendek serta berbaju singlet kuning namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan. - Gambar/ Maritim Malaysia
LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui mayat lelaki tanpa identiti di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Rumbia, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, pasukannya terdahulu menerima laporan daripada nelayan tempatan di perairan tersebut.
"Mayat itu ditemui kira-kira jam 7.55 pagi semalam. Mayat dipercayai lelaki itu berseluar pendek serta berbaju singlet kuning namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
"Mayat tersebut dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut.
Beliau juga memohon mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, katanya Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan sentiasa memakai jaket keselamatan apabila melakukan aktiviti di perairan negara.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 jika berhadapan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#jumpa mayat
#pulau rumbia
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan