JITRA: Mayat seorang lelaki ditemukan lemas di dalam tali air di Jalan Kampung Pida 8, Jitra, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1.10 petang oleh penduduk kampung yang menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan terapung.

Mangsa dikenal pasti sebagai Azizan Othman, 60, dari Kampung Bohor Temak, Kangar, Perlis.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam tali air.

“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian dan mayatnya ditemui penduduk yang melalui jalan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.