awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa nahas helikopter selamat tiba di HKL

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
04/04/2015
17:50 MYT
Mayat mangsa nahas helikopter selamat tiba di HKL
Jenazah mangsa nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) selamat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL jam 12.30 malam tadi.
Jenazah mangsa nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) selamat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 12.30 malam tadi.
Mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi itu diiringi dua buah trak polis dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Orang ramai termasuk media, kenalan dan saudara terdekat mangsa sudah berada di sini sejak jam 9.30 malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada jam 11:45 malam.
Turut hadir ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Sidek Hassan, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Datuk Johari Abd Ghani dan Datuk Noraini Ahmad.
Helikopter tersebut, yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih pada jam 4.55 petang.
Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih
Saksi yang melihat kejadian memberitahu pemberita yang helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas, dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.
Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 maut
VIDEO: Nahas helikopter: Saksi di udara
Kesemua enam mayat mangsa nahas ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas kejadian.
Topic Berkaitan
#helikopter
#jenazah
#Nahas
#Semenyih
#terhempas
#trak polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan