Penterjemah Pasukan Penyiasat Khas Pesawat MH17 ke Ukraine, Dr Muhammad Akmal Salleh berkata proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat itu dijalankan dalam keadaan yang sangat teliti dan sopan walaupun 90 peratus daripada ratusan mayat itu sudah berubah dari segi sifat dan fizikalnya.
Beliau berkata tugas pasukan itu sangat mencabar kerana terdapat mayat yang masih dalam keadaan sempurna dan ada juga sudah berkecai dan rentung akibat tragedi itu.
"Kami mengasingkan mayat-mayat itu, diletakkan dalam keranda yang berbeza dan melabelkannya secara berhati-hati supaya bukti nahas tidak dihilangkan," katanya ketika menjadi tetamu khas program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di sini, semalam.
Dr Muhamad Akmal antara 133 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang tiba di Ukraine pada 18 Julai lepas susulan nahas Penerbangan MH17 di Donetsk, timur Ukraine sehari sebelumnya.
Pasukan itu berlepas pulang ke ibu negara pada 1 Ogos, selepas tugas mengeluarkan mayat mangsa dan mengambil semula kotak hitam pesawat selesai.
Berkongsi pengalaman menyertai pasukan penyiasat khas di Ukraine dan Belanda selama dua minggu, beliau mengakui terpaksa menahan rasa sebak ketika membantu pasukan penyiasat menguruskan mayat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu.
"Walaupun saya bersama anggota pasukan penyiasat berasa amat perit ketika itu, kami teruskan juga usaha mengeluarkan mayat-mayat itu dari tren khas yang terletak kira-kira 200km dari kawasan nahas," katanya.
Katanya beliau terpaksa membantu dalam proses pengumpulan dan pelabelan mayat meskipun ia di luar bidang tugasnya.
"Saya merupakan doktor pediatrik yang bertugas merawat pesakit di hospital dan pengalaman ini satu cabaran bagi saya...Walaupun ini bukan dalam bidang saya namun saya diberi peluang untuk membantu mereka dalam urusan pemindahan, pelabelan dan pengumpulan mayat mangsa di kawasan tren itu.
"Namun, saya berasa bangga kerana diberi peluang menyertai pasukan penyiasat...serta memberi khidmat penterjemahan. Sekurang-kurangnya dapat berkhidmat kepada negara," kata doktor lulusan Russian State Medical University di Moscow yang fasih berbahasa Rusia.
Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Tue Aug 12 2014
Serpihan pesawat MH17 susulan terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.