awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa tanah runtuh resort Tambun berjaya dibawa keluar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/11/2020
02:26 MYT
Mayat mangsa tanah runtuh resort Tambun berjaya dibawa keluar
Anggota bomba membawa keluar mayat dari kejadian tanah runtuh di Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun, awal pagi ini. - Foto JBPM
IPOH:Mayat dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun, dekat sini awal pagi ini, telah ditemui.
Kedua-duanya ditemui di sebuah bilik yang menempatkan jakuzi di salah sebuah villa yang terdapat di resort berkenaan.
Menurut Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng, mangsa pertama merupakan seorang lelaki, Lee Tze Jun, 32 tahun, ditemui kira-kira jam 9.55 pagi.
Manakala mangsa kedua ialah seorang wanita, Ooi Chee Wei, 39 tahun, yang ditemui lima minit kemudian.
“Kami baru saja dimaklumkan bahawa, dalam lebih kurang 9.55 pagi tadi, kedua-dua mangsa telah pun dijumpai dan mereka dijumpai dalam kawasan jakuzi villa tersebut.
“Kedudukan kedua-dua mangsa ini adalah berdekatan. Mereka dijumpai dalam lima minit antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
BACA: Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
"Bagaimanapun, hubungan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati tanah runtuh berlaku di kawasan cerun salah satu bukit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa terpaksa ditangguh beberapa kali pada awal pagi tadi susulan terdapat pergerakan tanah dan pengaliran air namun disambung semula kira-kira pukul 7 pagi selepas mendapat nasihat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak dengan menggunakan backhoe.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan dua mangsa tertimbus. Foto JBPM
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan dua mangsa tertimbus. Foto JBPM
Katanya, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu disedari kakitangan resort lalu mengarahkan semua penginap di dalam empat unit yang berpenghuni untuk menyelamatkan diri namun dua mangsa berkenaan terperangkap.
Menurut Goh, kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an merupakan warganegara Malaysia.
Mayat akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi Selasa, sebahagian daripada sebuah villa di resort tersebut dihempap tanah runtuh, dipercayai ekoran hujan berterusan sejak malam tadi.
Topic Berkaitan
#maut
#mangsa
#tanah runtuh
#polis
#hotel
#Tambun
#Goh Boon Keng
#Ipoh
#jakuzi
#Pemangku Ketua Polis Perak
#resort
#Banjaran Hotsprings Retreat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan