awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mekanik ditemui terapung di tasik

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
20/10/2019
11:17 MYT
Mayat mekanik ditemui terapung di tasik
Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi penemuan oleh anggota bomba dan penyelamat. - JBPM Pahang
Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan tangan dan kaki diikat di tepi Tasik Paya Bungor di Kilometer 50 Jalan Kuantan-Maran di sini pagi Ahad.
Jasad S. Raju, 39, yang bekerja sebagai mekanik ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tertiarap dalam air.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, anggota Pondok Polis Paya Bungor telah terima maklumat daripada orang awam yang menjumpai mayat seorang lelaki yang terapung di tepi Tasik Paya Bungor.
"Mayat lengkap berpakaian baju-T berwarna merah dan seluar jean hitam ditemui dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, jarak tempat mayat dijumpai terapung dengan jalan utama lebih kurang 10 meter.
"Berdasarkan fizikal tangan dan kaki diikat, polis mensyaki ada unsur perbuatan jenayah termasuk dibunuh.
"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat serta punca dan individu yang disyaki boleh membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#JBPM
#jenayah
#Kuantan
#mayat diikat
#mayat lelaki
#Pahang
#polis
#tasik paya bungor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan