awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam

Bernama
Bernama
14/08/2024
16:16 MYT
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia selepas proses pengecaman mayat selesai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian malam ini. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia selepas proses pengecaman mayat selesai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian malam ini.
"Siasatan lanjut dari segi klasifikasi kes akan dibuat selepas mendapat hasil bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga penyanyi berusia 23 tahun itu telah berkumpul di HSA sebelum kenderaan yang membawa jenazah beliau tiba pada kira-kira 10.30 malam.
Difahamkan, kehadiran ahli keluarga Muhammad Nidza Afham itu adalah bagi mengikuti urusan bedah siasat yang dijangka dijalankan malam ini.
Muhammad Nidza Afham dikatakan keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangannya disedari pada 9 malam semalam.
Adiknya, Afrina Hanie mendakwa kehilangan mangsa berkaitan dengan kes samun susulan kad debit dan wang tunai hilang manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar beliau yang disimpan di dalam dompet tidak terusik ketika dijumpai di atas Jambatan Sungai Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nidza Afham
#mayat
#Hospital Shah Alam
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan