MALAYSIA
Mayat murid Tahun Enam lemas mandi sungai ditemui terapung

Operasi SAR disertai 40 anggota polis, bomba, NGO dan penduduk kampung. - Gambar/ FB Ustaz Saiful Bahri
DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Delong di sini pada Sabtu, ditemukan lemas pagi ini.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, ditemukan lemas pagi ini selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Delong pada Sabtu lalu.
- Mayat mangsa ditemukan terapung pada jam 8.24 pagi, kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi pencarian selama tiga hari melibatkan 40 anggota dari pelbagai agensi dan penduduk kampung.
- Mangsa yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Delong dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi, dan mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut.
Beliau berkata tiga buah bot digunakan dalam operasi pencarian mangsa yang disertai kira-kira 40 anggota pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung.
Sa'ariah berkata mayat murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Delong itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut.
Sebelum ini Nik Zariff Maliqi Qausar dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama empat rakan di Sungai Kampung Delong pada 5.54 petang Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dihanyutkan arus deras ketika mandi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami