KUALA TERENGGANU: Mayat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Chendering pada 16 Mei lepas, ditemukan terapung pada kedudukan 28 batu nautika timur Kuala Terengganu pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat nelayan warga emas dikenal pasti sebagai T. Razali Wok, 74, itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan.
"Maritim Malaysia Terengganu bersama Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan telah menggerakkan bot Pengawal 16, untuk membawa mayat ke jeti Maritim Negeri Terengganu.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada pengadu dan meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan segera sebarang maklumat kecemasan serta salah laku di perairan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya maklumat boleh disalurkan di talian MERS 999 atau 09-6223657 Pusat Operasi Maritim negeri.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Raja, Chendering dekat sini, dipercayai terjatuh kira-kira 5.30 pagi, ketika dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong bersama tiga rakan termasuk tekong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Mayat nelayan warga emas dikenal pasti sebagai T. Razali Wok, 74, itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan. - Gambar/ Maritim Malaysia

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.

Mayat nelayan ditemukan enam kilometer dari lokasi bot terbalik
Mangsa ditemukan menerusi kaedah pencarian di permukaan berhampiran jambatan Kampung Sawah Banting pada jam 1.25 tengah hari.

Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan
Seorang lagi nelayan yang hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian pada Khamis lepas, ditemukan lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi hari ini.

Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan
Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam.

Mayat nelayan hilang seminggu lepas ditemui
Mayat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Chendering pada 16 Mei lepas, ditemukan terapung pada kedudukan 28 batu nautika timur Kuala Terengganu pagi tadi.

2 nelayan dikhuatiri lemas di Sungai Rengit
Dua nelayan tempatan berusia 33 dan 66 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut ketika sedang menarik pukat pada kedudukan 14.6 batu nautika barat daya, Sungai Rengit.

2 nelayan dikhuatiri lemas bot bertembung
Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam ketika kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah bot fiber menyusuri sungai berkenaan menuju ke Jeti Tok Kuning.

Nelayan lemas terjatuh dari sampan ketika cari kerang
Seorang nelayan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis, malam ini.

Tiada petunjuk baharu, operasi SAR nelayan hilang di perairan Kuala Gula ditamatkan
Operasi SAR Chng Poh Chuan, 71, ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Nelayan dikhuatiri lemas
Mangsa merupakan lelaki berbangsa Cina berusia 64 tahun dipercayai lemas dan usaha mencari dan menyelamatkan mangsa giat dilakukan sehingga jam 7 malam.