MALAYSIA
Mayat pejalan kaki lemas dirempuh kereta ditemukan

Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemukan kira-kira pukul 7.30 pagi , Sabtu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Mayat seorang penjalan kaki yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Ipoh menghala Bulatan Kepong di sini ditemukan kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.
Ringkasan AI
- Mangsa ditemukan: Mayat seorang pejalan kaki yang dipercayai lemas selepas dirempuh kereta terbabas ditemukan 150 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat pada pukul 7.30 pagi.
- Kemalangan serius: Sebuah kereta Nissan Sylphy yang dipandu lelaki warga Bangladesh hilang kawalan dan melanggar sebuah Toyota Camry sebelum merempuh pejalan kaki, terjunam ke bawah jambatan, dan tersangkut di celahan konkrit.
- Siasatan sedang dijalankan: Polis sedang menyiasat insiden ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta mengesan pemilik sebenar kereta Nissan Sylphy yang terlibat.
Mohd Zamzuri memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut berhubung kemalangan ini masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi Jumaat, sebuah kereta Nissan Sylphy dipandu lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun dari arah Program Perumahan Rakyat Batu Muda dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan kanan sebuah Toyota Camry dipandu wanita warga Vietnam berusia 43 tahun yang datang dari arah Batu Kentomen.
Kereta Nissan Sylphy itu kemudian merempuh seorang pejalan kaki sebelum terjunam ke bawah jambatan dan tersangkut di celahan konkrit serta saluran paip besi.
Siasatan lanjut mendapati kereta yang dipandu lelaki Bangladesh itu bukan miliknya dan polis sedang mengesan pemilik sebenar kenderaan terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami