Skip to main content

Malaysia

Warga emas hilang kereta jatuh sungai - Polis

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur. -Foto Bernama/IPD Kuala Muda
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur. -Foto Bernama/IPD Kuala Muda

Advertisement

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah.
  • Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selepas mangsa didapati tiada di dalam kereta yang telah dinaikkan ke darat menggunakan kren.
  • Kereta mangsa mengalami kerosakan teruk dan kes masih dalam siasatan tanpa klasifikasi ditetapkan setakat ini.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil menuju Felda Teloi Timur.

"Pada awalnya, pemandu dipercayai tenggelam bersama-sama kenderaan namun setelah kereta dinaikkan ke darat menggunakan kren, mangsa didapati tiada di dalamnya.

"Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kereta terbabit rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

"Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini," katanya.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apa yang berlaku kepada lelaki warga emas di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah? 
    A: Lelaki warga emas dipercayai hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah awal pagi tadi.
  • Q: Siapakah mangsa yang terlibat dalam kejadian ini? 
    A: Mangsa dikenali sebagai Mat Yusof Hashim, berumur 77 tahun.
  • Q: Apakah tindakan pihak berkuasa selepas kejadian? 
    A: Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai, manakala kereta mangsa telah dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
  • Q: Apakah keadaan kereta selepas kejadian? 
    A: Kereta tersebut rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi.
  • Q: Apakah status siasatan kes ini? 
    A: Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini.

Must Watch Video

Advertisement