Skip to main content

Malaysia

Banjir di daerah Kubang Pasu, 27 rumah dinaiki air

Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah Kubang Pasu dilanda banjir kilat. -Foto hiasan/Sinar Harian
Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah Kubang Pasu dilanda banjir kilat. -Foto hiasan/Sinar Harian

Advertisement

Ringkasan AI

  • Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kubang Pasu dilanda banjir kilat dengan 27 rumah terkesan di empat kampung.
  • Tiada pusat pemindahan sementara dibuka kerana paras air menunjukkan trend menurun dan cuaca semasa tidak hujan.
  • Lima anggota APM digerakkan untuk pemantauan awal dan masih berada di lokasi bagi pemantauan berterusan serta kesiapsiagaan.

ALOR SETAR: Hujan lebat berterusan semalam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah Kubang Pasu dilanda banjir kilat ekoran paras air yang meningkat dan melimpah ke jalan raya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini kerana paras air di semua lokasi terjejas kini menunjukkan trend menurun dan cuaca semasa dilaporkan tidak hujan.

“Mukim yang terlibat ialah Naga, Laka, dan Temin dengan 13 lokasi yang terjejas. Sebanyak 27 rumah dilaporkan terkesan dalam kejadian ini melibatkan empat kampung.

“Di Kampung Changkat Sentol, sebanyak lapan rumah terjejas dan semua mangsa telah keluar serta menumpang sementara di rumah saudara dan rumah inap desa. Di Kampung Sungai Petani pula, enam rumah terjejas, lima di Kampung Padang dan Kampung Belukar melibatkan lapan rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada 5 petang semalam itu, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke lokasi kejadian untuk pemantauan awal.

“Meskipun keadaan semakin pulih, anggota APM masih berada di lokasi bagi menjalankan pemantauan berterusan dan berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah punca banjir kilat yang berlaku di daerah Kubang Pasu? 
    A: Banjir kilat berlaku akibat hujan lebat berterusan yang menyebabkan paras air meningkat dan melimpah ke jalan raya.
  • Q: Berapakah jumlah rumah dan kawasan yang terjejas akibat banjir kilat ini? 
    A: Sebanyak 27 rumah di 13 lokasi melibatkan empat kampung terjejas akibat banjir kilat ini.
  • Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa berhubung kejadian ini? 
    A: Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan untuk pemantauan awal dan masih berada di lokasi bagi menjalankan pemantauan berterusan serta bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
  • Q: Adakah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk mangsa banjir? 
    A: Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana paras air menunjukkan trend menurun dan cuaca semasa tidak hujan.
  • Q: Bagaimanakah keadaan semasa di kawasan terjejas banjir? 
    A: Keadaan semakin pulih dengan paras air menurun, namun pemantauan masih diteruskan oleh pihak berkuasa.

Must Watch Video

Advertisement