Mayat pelajar semester akhir Kolej Komuniti Rompin yang hilang ketika mandi bersama adik dan dua rakannya di Taman Negeri Endau–Rompin pada petang Ahad lepas ditemui pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata mayat Sheikh Safwan Sheikh Ahmad Azudeen, 20, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat di kawasan Jeram Tengku Puan pada 12.55 tengah hari.
Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat melibatkan Unit Skuba Bomba dari Kuantan dan Temerloh serta Unit Pengesan Anjing (K9) Bomba berjaya mengesan mayat mangsa di Jeram Tengku Puan kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
"Mangsa mungkin dibawa arus deras disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan pada petang Ahad dan Isnin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat.
Bernama
Wed Jun 11 2014
Mayat pelajar semester akhir Kolej Komuniti Rompin yang hilang ketika mandi ditemui
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah
Remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri
Pada 28 Mei, adiknya dapat berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab.
Effzaldanish selamat, pulang sendiri ke rumah - KP Johor
Remaja lelaki berusia 14 tahun Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy yang dilaporkan hilang pada Ahad lepas, pulang ke kediamannya dalam keadaan selamat.