awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Daniel Akmal dibuli, polis belum terima laporan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
09:41 MYT
Dakwaan Daniel Akmal dibuli, polis belum terima laporan
Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada mangsa atau keluarganya.
KUALA LUMPUR: Polis belum menerima laporan berhubung dakwaan seorang pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, dibuli, sebelum dia dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di ibu kota.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada mangsa atau keluarganya.
"Setakat ini, belum ada laporan diterima berkaitan dakwaan kes buli yang dibuat oleh mangsa, keluarganya atau mana-mana pihak," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
BACA: Remaja hilang, Daniel Akmal ditemui dalam keadaan lemah
Sebelum itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan mangsa yang dilaporkan hilang sejak Khamis.
Zam Halim dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Daniel Akmal dari asrama sebuah sekolah pada jam 1.21 tengah hari, hari sama.
Muhammad Daniel Akmal ditemui selamat dengan keadaan fizikalnya agak lemah di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, di sini, jam 10.40 malam, Jumaat.
Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, dilaporkan berkata, akibat kejadian buli, Muhammad Daniel Akmal yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah jam 3 pagi, Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Daniel
#remaja hilang
#lari dari asrama
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan