awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta

Bernama
Bernama
17/09/2024
09:15 MYT
Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
Siasatan awal polis mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan. - Gambar hiasan/Pixabay
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan.
"Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Robin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sedang mengesan suspek terlibat dan pemilik kenderaan itu," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-32242222 bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabak Bernam
#pengawal keselamatan
#mayat dalam kereta
#unsur jenayah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan