MALAYSIA
Mayat reput di ladang kelapa sawit disahkan lelaki dewasa

Mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam yang mencari lembu ternakan di ladang tersebut pada 5.13 petang semalam. - Foto PDRM
IPOH: Satu mayat reput tanpa pakaian yang ditemukan tergantung pada sebatang pokok di ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak semalam.
Ringkasan AI
- Mayat reput lelaki ditemui tergantung di ladang sawit Felda Gunung Besout 2, Trolak, tanpa pakaian dan dalam keadaan mumia, dipercayai meninggal beberapa minggu atau bulan lalu.
- Polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut, dengan bedah siasat mendapati tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.
- Orang awam diminta tampil bantu siasatan jika kehilangan ahli keluarga atau rakan, dengan menghubungi IPD Muallim atau Balai Polis Trolak.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan lain ditemukan pada mayat itu.
Mohd Hasni meminta mereka kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Trolak Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren menerusi talian 017-5603331 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim 05-4528222.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami