awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok
Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi
68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2024
03:45 MYT
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar. - Foto fail/Sinar Harian
GOMBAK: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass jam 9.30 pagi pada Isnin.
Beliau berkata, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
"Pihak polis juga menemui barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.
"Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
"Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat reput
#lelaki tempatan
#kad pengenalan
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan