awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/11/2020
13:57 MYT
Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit
Polis percaya lelaki itu merupakan suspek yang melarikan pacuan empat roda milik abang iparnya ketika berada di Balai Polis Ajil tiga minggu lalu. -Astro AWANI
HULU TERENGGANU:Mayat seorang lelaki yang dikehendaki kerana melarikan kenderaan ditemui reput dalam pacuan empat roda di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Nibong, Ajil di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia tiga minggu lalu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 5 petang.
"Mayat itu berada di tempat duduk pemandu. Hasil siasatan awal berdasarkan keadaan mayat, dipercayai lelaki tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas.
"Identiti mangsa telah kita kenal pasti iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kampung Tok Randok, Ajil.
"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Jumaat.
Mohd Adli berkata, pihaknya percaya lelaki itu merupakan suspek yang melarikan pacuan empat roda milik abang iparnya ketika berada di Balai Polis Ajil tiga minggu lalu.
"Ketika itu, abang ipar lelaki itu membawanya ke Balai Polis Ajil dipercayai berkaitan kes penyalahgunaan dadah, namun dia bertindak melarikan kenderaan itu ketika abang iparnya berada di dalam balai," katanya.
Topic Berkaitan
#suspek
#ditemui mati
#larikan kenderaan
#abang ipar
#mayat reput
#Cherang Nibong
#ajil
#Hulu Terengganu
#polis
#Mohd Adli Mat Daud
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan