awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2022
01:45 MYT
Mayat tepi jalan, polis tunggu laporan bedah siasat
Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah meninggal dunia hampir tujuh hari lalu. -Gambar hiasan
KULAI: Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung penemuan mayat seorang lelaki tidak dikenali di tepi jalan di Senai di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah meninggal dunia hampir tujuh hari lalu.
Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang dijumpai dalam keadaan terlentang dan hanya memakai seluar.
“Sejurus menerima makluman mengenai penemuan mayat berkenaan sekitar jam 2.30 petang pada Ahad, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah, mayat lelaki berkenaan mula mereput dan sukar untuk mengenal pasti sebarang kesan padanya,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Ahad.
Ujar beliau, mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi tujuan bedah siasat.
“Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Kulai
#mayat lelaki tidak dikenali
#tok beng yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan