awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat terapung: Wanita cari siput maut dipatuk ular - Polis Kanowit

Bernama
Bernama
05/09/2023
07:45 MYT
Mayat terapung: Wanita cari siput maut dipatuk ular - Polis Kanowit
Siasatan mendapati mangsa telah dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan pada mangsa. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit, dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong hari ini.
Katanya mayat Florence Galu, 48, ditemukan pada lebih kurang 8.15 malam, Ahad, dalam keadaan terapung di dalam sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut yang mencari mangsa selepas mangsa tidak pulang ke rumah panjang sejak 4 petang Sabtu lepas.
"Siasatan mendapati mangsa telah dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik dan belum berkahwin ditemukan kira-kira 30 meter dari rumah panjang terbabit.
Mangsa selepas itu dibawa ke rumah panjang dan dikebumikan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dipatuk ular
#wanita cari siput
#mayat terapung
#polis Kanowit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan